Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menjalani Saringan Percuma Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Meru pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sabak Bernam terendah jangkitan Covid-19, catat 30 kes

SHAH ALAM, 31 MEI: Sabak Bernam mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 terendah semalam iaitu 30 kes, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Berdasarkan perkongsian data di Facebook, agensi itu memaklumkan angka tersebut sedikit meningkat berbanding yang direkodkan Sabtu lalu iaitu 20 kes.

Tiga daerah turut mencatatkan kes bawah 100 adalah Hulu Selangor dengan 91 diikuti Kuala Selangor (77) dan Sepang (62).

Manakala, Petaling kekal menjadi daerah tertinggi dengan 902 kes namun sedikit menurun berbanding empat angka dicatatkan semalam.

Selain itu, Gombak pula merekodkan 416 kes diikuti Hulu Langat (409), Klang (315) dan Kuala Langat (175).

Secara keseluruhan, jangkitan baharu di negeri ini mencatatkan 2,477 kes iaitu 2,424 jangkitan dalam komuniti, penjara (52) dan kes import (satu).

Kes pulih adalah 2,727 selain 15 kematian semalam.


Pengarang :