Wakil Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Sepang pada 14 Mei 2021. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Santuni enam keluarga mangsa bah, Yide sumbang barang keperluan

SHAH ALAM, 15 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyantuni enam keluarga mangsa banjir di Sepang semalam.

Pengurus besarnya berkata pihaknya memberi bantuan barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

“Kita harap kesemua mangsa diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, salah seorang mangsa Zuraidah Juhari berkata beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa dan berterima kasih kepada Yide atas sumbangan tersebut.

“Air banjir naik terlalu cepat awal pagi tadi (semalam) sehingga mencecah paras betis. Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Bantuan segera diserahkan di dua lokasi penempatan banjir iaitu tiga keluarga di Dewan Taman Gemilang manakala bakinya di Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Turut hadir wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.


Pengarang :