Orang ramai menunggu giliran pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Seri Siantan, Batu Caves pada 20 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan percuma di Petaling, Klang mulai Isnin

SHAH ALAM, 22 MEI: Saringan Komuniti Covid-19 akan diteruskan lagi di dua daerah membabitkan Petaling dan Klang mulai 24 hingga 30 Mei.

Kawasan terlibat ialah Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik dan Batu Tiga.

Sementara di Klang meliputi Meru, Sementa, Selat Klang, Bandar Baru Klang dan Pelabuhan Klang.

Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk dengan Selamat (SELangkah) bagi memastikan proses saringan lancar.

“Saringan Covid-19 percuma untuk warga Selangor akan diteruskan mengikut tarikh dan lokasi berikut.

“Bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan, daftar dengan aplikasi SELangkah, tekan butang Sihat dan pilih pendaftaran saringan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Kerajaan Negeri mengadakan program pengawasan Covid-19 membabitkan semua 56 Dewan Undangan Negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat yang berisiko, menjadi kontak rapat, bergejala atau bimbang status kesihatan mereka.

Berikut maklumat lanjut program Saringan Komuniti di dua daerah:

Sumber Facebook Amirudin Shari

Pengarang :