Petugas Kesihatan Selcare menunjukkan sampel ujian calitan Covid-19 ketika program saringan percuma di Dewan Komuniti Taman Muda, Ampang pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor catat 26 kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebanyak 26 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua melibatkan warga negara berusia antara 51 hingga 89 tahun.

“Kematian membabitkan 19 lelaki serta tujuh wanita. Semua mempunyai sejarah penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Hari ini sebanyak 44 kes kematian dalam negara dilaporkan dan merupakan jumlah tertinggi sepanjang pandemik melanda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, Selangor mencatatkan 1,507 kes baharu dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan.

“Kebanyakan kes dikesan dari kontak rapat iaitu sebanyak 1,075 kes, 72 dari kluster sedia ada manakala 360 lagi dari lain-lain saringan,” katanya.

Sebanyak 4,140 kes Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 4,113 jangkitan semalam menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 466,330 kes.


Pengarang :