Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar seorang warga emas yang juga penerima vaksin AstraZeneca ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 25 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selepas saringan di 56 DUN, Selangor rancang ujian rumah ke rumah

DAMANSARA, 25 MEI: Ujian Covid-19 rumah ke rumah akan dijalankan selepas program Saringan Komuniti di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai pada 10 Jun nanti.

Dato’ Menteri Besar berkata bagaimanapun pelaksanaan bergantung kepada jumlah tenaga kerja memandang antara 60 hingga 70 petugas diperlukan.

“Perkara ini belum dibincangkan sepenuhnya cuma semalam ada yang beri pandangan. Kita mungkin laksanakan kerana sebelum ini kita dah buat.

“Sekiranya petugas mencukupi dan perebakan juga meningkat, mungkin ia dianjurkan lebih awal, sebelum 10 Jun itu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas meninjau Saringan Komuniti DUN Bandar Utama di Dewan Komuniti Bandar Utama Tiga hari ini.

Jelas Amirudin kaedah rumah ke rumah itu akan mengutamakan lokaliti yang mencatatkan kes tinggi, berdasarkan data diperoleh hasil saringan komuniti.

Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Selangor tidak bimbang dengan keputusan positif diperoleh hasil saringan percuma sebaliknya gembira kerana dapat mengesan jangkitan pandemik itu.

“Kita mampu kesan ‘pembawa senyap’ dalam komuniti tambahan terdapat varian baharu yang pantas merebak hingga boleh membunuh,” katanya.


Pengarang :