Kelihatan petugas kesihatan fokus mengendalikan sampel ujian Covid-19 menerusi Saringan Komuniti di Sungai Long, Kajang pada 24 April 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Semua daerah rekod kes Covid-19, Petaling catat kes tertinggi

SHAH ALAM, 5 MEI: Petaling mencatatkan kes Covid-19 harian tertinggi semalam apabila merekodkan 218 kes baharu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu melibatkan mukim Petaling (110), Damansara (59), Sungai Buloh (44) dan Bukit Raja (lima).

Diikuti Hulu Langat dengan 190 kes masing-masing dicatatkan di Ampang (62), Cheras (52), Kajang (45), Semenyih (25), Beranang (empat) dan mukim Hulu Langat (dua).

“Sebanyak 98 jangkitan dikesan di Klang yang hampir keseluruhan iaitu 96 kes di mukim Klang manakala dua di Kapar.

“Kuala Langat catat 46 kes iaitu Tanjung 12 (29), Telok Panglima Garang (13) dan Jugra (empat),” katanya menerusi Facebook.

Menurut agensi itu, Sepang mencatatkan 33 kes melibatkan Dengkil (25), Labu (enam) dan mukim Sepang (dua) manakala 31 jangkitan direkodkan di Gombak dengan Batu (21), Hulu Kelang (enam) serta Rawang dan Setapak (dua).

Sebanyak 23 kes dilaporkan di Kuala Selangor, masing-masing di Ijok (14), Bestari Jaya (empat), mukim Kuala Selangor dan Tanjong Karang (dua) serta Hujung Permatang (satu).

“Hulu Selangor rekodkan 14 kes dengan Ampang Pecah (tujuh), Serendah (enam) serta Batang Kali (satu).

“Sabak Bernam catat 12 jangkitan melibatkan Pasir Panjang (empat), Sungai Panjang (tiga) dan Panchang Bedana serta Bagan Nakhoda Omar (dua) manakala Sabak (satu),” katanya.

Semalam, sebanyak 675 kes baharu dilaporkan di Selangor menjadikan keseluruhan sebanyak 136,131 kes.


Pengarang :