Seorang rakyat Palestin mengebarkan bendera tanda solidariti buat negaranya di Washington, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2021. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sokongan buat Palestin, sumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin

SHAH ALAM, 22 MEI: Orang ramai boleh menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Palestin dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin.

Dato’ Menteri Besar berkata penindasan ke atas negara itu memberi kesan besar berikutan peningkatan kematian dan kemusnahan yang bagaikan tiada penghujung.

“Bantuan meliputi ambulans dan kelengkapan perubatan, kenderaan bantuan kemanusiaan, bantuan untuk hospital di Gaza serta kotak makanan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Facebook.

Beliau berkata sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

“Mereka yang membuat sumbangan layak mendapat potongan cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (tertakluk kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya.

Pada 19 Mei, Kerajaan Negeri melancarkan tabung itu dengan kerjasama Global Peace Mission bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Kempen selama 10 hari bermula 19 Mei menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Sumber Facebook Amirudin Shari

Pengarang :