Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sukan, rekreasi individu dibenar hingga 8 malam mulai Selasa

SHAH ALAM, 22 MEI: Aktiviti sukan dan rekreasi secara inidvidu dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja berkuat kuasa Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia seiring kebenaran terhadap waktu operasi sektor perniagaan.

“Bagi aktiviti keagamaan di surau dan masjid mengikut ketetapan Kerajaan Negeri, ia dibenarkan sehingga solat Isyak,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Terdahulu, Ismail mengumumkan waktu operasi perniagaan di seluruh Semenanjung termasuk Labuan dihadkan daripada jam 8 pagi hingga 8 malam berkuat kuasa 25 Mei ini.

Hanya farmasi dibenarkan hingga 10 malam selain stesen minyak di lebuh raya sepanjang 24 jam.


Pengarang :