Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan sebanyak RM2,494,749.39 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor terima zakat niaga lebih RM8 juta

SHAH ALAM, 3 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM8.02 juta, semalam.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat dalam majlis ringkas di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

“Zakat berkenaan diterima daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),” kata kenyataan itu.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Selesai majlis, baginda berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.


Pengarang :