Petugas kesihatan membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Seroja Seksyen 27, Shah Alam pada 14 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tiga kluster baharu di Selangor babit institusi pendidikan, agama

SHAH ALAM, 5 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kluster baharu di Selangor melibatkan kluster pendidikan dan keagamaan.

Menurutnya, kluster Taman Medan merupakan jangkitan terhadap pelajar dan kakitangan sekolah di Taman Medan, Petaling Jaya dengan 27 disahkan positif selepas 320 individu disaring.

“Kluster Persiaran Setia Prima juga melibatkan warga dua sekolah di Shah Alam. Seramai 271 telah disaring dengan 27 disahkan positif,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi berkata kluster keagamaan dikesan di Hulu Selangor melibatkan lokaliti di Jalan Seruling, Kuala Kubu Bharu.

“Setakat ini 12 didapati positif selepas 30 individu menjalani saringan.

“Kes indeks kluster ini merupakan lelaki tempatan berusia 63 tahun yang disahkan positif pada 2 Mei,” katanya.


Pengarang :