EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan kepada Rahimah Zaiton Abdullah ketika Program Serahan Bantuan Khas Waris P-Hailing di Pangsapuri Mentari, Shah Alam pada 12 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Waris penghantar makanan maut ketika bertugas terima sumbangan

SHAH ALAM, 13 MEI: EXCO kesejahteraan bandar menyampaikan sumbangan RM500 setiap seorang kepada dua waris penghantar makanan yang meninggal dunia ketika bekerja.

Sumbangan diberikan kepada ibu Allahyarham Noor Asyraf Abd Rahim, Rahimah Zaiton Abdullah ketika mengunjungi kediaman keluarga itu di Pangsapuri Mentari, Seksyen U5, di sini.

Rodziah Ismail kemudian meluang masa bertemu isteri Allahyarham Badrul Hafiz Karim, Rozita Samsudin di pejabat EXCO bertempat Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban serta memberi keceriaan kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga turut mengunjungi pusat pengumpulan barangan syarikat Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) serta menyampaikan sumbangan kepada penghantar barangan.

“Saya berharap syarikat e-panggilan tidak mementingkan keuntungan semata-mata sebalik perlu menjaga kebajikan pekerja yang komited menghantar pesanan siang dan malam,” katanya.


Pengarang :