Wisma MBSA di Seksyen 14, Shah Alam dilimpahi cahaya melambangkan warna bendera Palestin ketika tinjauan pada 18 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wisma MBSA pancar cahaya bendera Palestin

SHAH ALAM, 18 MEI: Bangunan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini disinari cahaya berwarna bendera Palestin.

Cahaya berwarna hijau, merah, putih dan hitam dipasang sebagai solidariti terhadap rakyat negara itu yang menjadi mangsa serangan Israel.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga berkongsi gambar bangunan tersebut di Twitternya dengan tanda pagar #SavePalestine.

Menara Kuala Lumpur turut dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin mulai 16 hingga 22 Mei sebagai sokongan terhadap perjuangan rakyat negara itu.

Setakat ini, seramai 212 rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita terkorban akibat serangan udara rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza.

Pertempuran antara Palestin dan kumpulan ekstrem Yahudi susulan tindakan tentera Israel yang mengusir penduduk Palestin secara paksa di wilayah mereka sendiri di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.


Pengarang :