Mohd Salim Sain (tengah) beramah mesra dengan seorang pesakit dialisis ketika mengedarkan kuih dan duit raya di Pusat Dialisis Mais cawangan Bukit Jelutong, Shah Alam pada 5 Mei 2021. Foto Yide
AGENSISELANGOR

Yide sumbang kuih, duit raya untuk 268 pesakit dialisis

SHAH ALAM, 6 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang kuih dan duit raya kepada 268 pesakit buah di enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengurus Besarnya berkata inisiatif saban tahun itu bagi memberi kegembiraan kepada pesakit menjelang Syawal tidak lama lagi.

“Di samping menceriakan anak yatim, pesakit dialisis di bawah pengurusan Yide turut menerima kuih dan duit raya.

“Kecaknaan kita kepada pesakit adalah salah satu manifestasi selain menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya Mohd Salim Sain berkesempatan mengagihkan bantuan tersebut di pusat dialisis cawangan Bukit Jelutong.

Sementara itu, Mohd Razali berkata individu yang mengalami kegagalan buah pinggang dipelawa untuk mendapatkan rawatan di kesemua cawangan pusat dialisis disediakan.

Cawangan berkenaan meliputi Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Taman Melawati.


Pengarang :