Suasana di pusat saringan percuma Covid-19 di Dewan MPK Taman Klang Jaya, Klang pada 31 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

15 individu tiada penyakit kronik antara 103 kematian Covid-19

SHAH ALAM, 3 JUN: Seramai 15 individu daripada 103 kes kematian pada hari ini akibat jangkitan Covid-19 tiada penyakit kronik.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hanya merujuk mereka dengan tanda sengkang (-) pada bahagian latar belakang penyakit senarai kes kematian.

Mengikut lampiran dalam kenyataan itu, lelaki bukan rakyat tempatan berusia 31 tahun di Johor antara dalam senarai tersebut manakala 14 lagi berusia antara 49 hingga 92 tahun.

Sebanyak 103 kes kematian dicatatkan iaitu 26 di Selangor, Kuala Lumpur (15), Johor (14), Sarawak dan Kelantan (masing-masing lapan), Sabah (tujuh), Negeri Sembilan dan Terengganu (masing-masing enam).

Pulau Pinang dan Kedah pula masing-masing merekod empat kematian, Melaka dan Pahang (dua) serta Perak (satu).

 


Pengarang :