Sebahagian kakitangan MBSJ yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway. Foto Facebook MBSJ
PBTSELANGOR

16 kakitangan MBSJ bantu kelancaran PPV Pusat Konvensyen Sunway

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 16 kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway sejak 26 April hingga 25 Jun.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid berkata kakitangan pelbagai jabatan itu bertindak sebagai pengiring, petugas kaunter dan penunjuk arah sepanjang ditempatkan di PPV.

“Program mobilisasi sukarelawan di PPV menjadi instrumen penting dalam kempen vaksinasi Malaysia. Melihat kepentingan ini, MBSJ mengambil inisiatif menempatkan sukarelawan untuk keperluan bantuan tenaga kerja di situ.

“MBSJ berharap melalui sumbangan selama hampir dua bulan ini dapat membantu kerajaan dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi sekali gus mencapai sasaran imuniti kelompok,” kata Azfarizal Abdul Rashid menerusi kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan itu mengambil bahagian dalam operasi PPV terbabit bermula fasa pertama program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) kepada petugas barisan hadapan sehingga fasa kedua membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

 


Pengarang :