Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba melawat lawatan kerja ke Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd. semalam. Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

2,371 pekerja Texas Instruments kumpulan pertama sektor perkilangan disuntik vaksin

SHAH ALAM, 17 JUN: Seramai 2,371 pekerja kilang Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd  menjadi kumpulan pertama dalam sektor perkilangan di Selangor disuntik vaksin sejak semalam.

Pengarah Urusannya, Yogannaidu Sivanchalam berkata pemberian vaksin kepada industri itu dapat mempercepatkan imuniti kelompok dengan anggaran 300 pekerja disuntik setiap hari sehingga 23 Jun.

“Cara ini lebih mudah kerana pekerja kita tidak perlu ke pusat vaksinasi dan ini mengembirakan pekerja kerana mereka tidak perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

“Sebelum ini mereka tidak tahu bila akan divaksin, sekarang masing-masing yakin akan menerima vaksin dalam tempoh seminggu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yogannaidu berkata sebelum ini pihaknya sentiasa menitik berat tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan kawasan kilang berkenaan sentiasa berada dalam selamat dan bebas daripada Covid-19.

“Terima kasih Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  kerana menunaikan pemohonan ini,” katanya.

Dalam kenyataan bersama pada 15 Jun, Kerajaan Negeri dan CITF sepakat untuk memberi tumpuan pemberi vaksin kepada pekerja industri dan golongan rentan termasuk warga emas dan OKU.


Pengarang :