Orang ramai beratur menunggu giliran untuk membuat saringan Covid-19 percuma di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 4 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

700 individu sertai Saringan Komuniti DUN Tanjong Sepat

TANJONG SEPAT, 4 JUN: Kira-kira 700 individu menyertai saringan percuma anjuran Kerajaan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat hari ini.

Wakil rakyat Borhan Aman Shah berkata meskipun jumlah itu kurang berbanding DUN lain, namun penyertaan penduduk masih dianggap tinggi memandangkan kawasan itu merupakan pinggir bandar.

ADN Tanjong Sepat Borhan Aman Shah

“Kira-kira tiga minggu lalu, kita juga laksanakan saringan percuma pada 1 Syawal dan hampir 1,000 orang telah disaring dan 34 darinya disyaki positif.

“Menerusi dua saringan ini, kita lihat ramai rakyat jalani saringan. Ini menunjukkan tahap kesedaran orang ramai terhadap saringan semakin tinggi,” katanya ketika di temui di Saringan Komuniti di Kompleks Muhibbah.

Borhan berkata pihaknya menggunakan kaedah siar raya bagi menghebahkan program hari ini kepada seluruh penduduk semalam.

Saringan Komuniti turut dijalankan serentak bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MPKL Banting Baru untuk DUN Morib.

Sejak dilancarkan 8 Mei lalu hingga semalam, seramai 87,903 individu menyertai program saringan percuma itu membabitkan daerah Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Dari jumlah terbabit, 3.6 peratus iaitu 3,168 peserta disyaki positif wabak selepas disaring menggunakan kit pantas antigen (RTK-Ag).


Pengarang :