Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) bersama Khairy Jamaluddin (tiga, kanan) mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

80 peratus penduduk Selangor terima vaksin September ini

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Selangor dan persekutuan bersepakat sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk negeri ini menerima suntikan vaksin selewat-lewatnya September.

Menteri penyelaras imunisasi Covid-19 kebangsaan berkata hanya 43,000 rakyat Selangor divaksin setiap hari ketika ini dan jumlah itu bakal meningkat kepada 165,000 orang menjelang Ogos.

“Ini melibatkan pembukaan lebih banyak PPV (pusat pemberian vaksin) yang berskala besar, sederhana dan di daerah yang tidak ada PPV,” kata Khairy Jamaluddin dalam sidang media di Bangunan Annex.

Sebelum itu, beliau menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor bersama Dato’ Menteri Besar Dato’Seri Amirudin Shari.

Khairy berkata Kerajaan Selangor turut memberi jaminan akan membantu meningkatkan kadar suntikan bagi mencapai sasaran tersebut.

Selain itu, beliau memaklumkan seramai 504,296 warga emas di negeri ini mendaftar untuk menerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa kedua.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 225,186 warga emas selesai menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos, manakala 218,393 sudah mendapat janji temu sehingga 27 Jun.


Pengarang :