Timbalan Setiausaha Mais (Operasi), Nurhani Salwa Jamaluddin (dua dari kiri) menyerahkan pek makanan kepada wakil penerima di Maeps, Kolonel Dr Aeriza Mohd Yusak. Foto Mais
AGENSISELANGOR

Bantuan makanan lebih RM26,000 untuk petugas, pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 10 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang 8,000 pek makanan kepada Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) serta Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati.

Setiusahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan berupa roti dan air itu sebagai menghargai pengorbanan petugas selain memberi semangat kepada pesakit wabak itu.

“Sejumlah RM26,850 diperuntukkan bagi menjayakan program ini. Ia juga merupakan tanda keprihatinan Mais terhadap maslahah ummah, katanya menerusi kenyataan semalam.

Penyerahan tersebut disempurnakan Timbalan Setiausaha Mais (Operasi) Nurhani Salwa Jamaluddin dan Ketua Audit Dalam Mais, Zaharuddin Salim.

Ahmad Makhtar berkata sumbangan menggunakan peruntukan Baitumal Mais dan dilaksana dengan kerjasama anak syarikat Mais, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

“Mais juga menzahirkan salam takziah kepada keluarga individu yang meninggal  dunia akibat Covid-19. Semoga wabak ini berjaya ditangani segera,” katanya.


Pengarang :