Vaksin Sinovac diluluskan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bolot vaksin: Kesatuan Eropah nafi Khairy, permintaan Malaysia diluluskan

SHAH ALAM, 23 JUN: Dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya Kesatuan Eropah (EU) membolot vaksin Covid-19 tidak berasas.

Dutanya ke Malaysia, Michalis Rokas berkata pihaknya menafikan tohmahan berkenaan kerana apa yang berlaku membuktikan EU amat prihatin dalam isu itu, lapor portal Kosmo!.

“Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudahpun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara ini, semalam.

Majlis itu dirasmikan secara maya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan turut disertai Wakil WHO bagi Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru Jacqueline.

Sehingga Isnin lalu, Rokas berkata, lebih lima juta dos disumbangkan EU kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (Covax).

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin mendedahkan kadar suntikan vaksin di negara ini agak ketinggalan susulan terdapat beberapa negara Eropah memonopoli agihan kerana dipercayai berlaku rundingan terus dengan pembekal.


Pengarang :