EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim meneliti kualiti barangan yang dijual di pasar tani Seksyen 13, Shah Alam ketika meninjau pematuhan SOP pada 31 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Cadang buka lebih banyak pusat jualan agro di bandar – EXCO

SHAH ALAM, 24 JUN: Kerajaan Negeri bercadang membuka lebih banyak pusat jualan agro di kawasan bandar, kata EXCO industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata ia berikutan lokasi strategik dan permintaan tinggi pengguna bandar selain
mengambil kira produk pertanian kebanyakan dari luar bandar.

“Saya percaya permintaan tinggi di bandar kerana harga ditawarkan di pusat jualan ini lebih murah berbanding harga pasaran.

“Ini juga bagi mengelak lambakan hasil sekiranya terlalu banyak pusat jualan dibuka di luar bandar,” katanya selepas lawatan ke Pusat Jualan Agro Prihatin Selangor, Taman Meru Jaya, di sini hari ini.

Menurut beliau pihaknya menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu pusat jualan sedemikian dibuka di kawasan mereka dan perkara itu akan kaji termasuk melihat kesesuaian lokasi.

Selain Taman Meru Jaya, terdapat 12 pusat jualan di Selangor iaitu ;
– Wisma PKPS Shah Alam
– Pusat Pengumpulan PKPS Seksyen 7 Shah Alam
– Pusat Pengumpulan PKPS Seksyen 9 Shah Alam
– Pusat Pengumpulan PKPS Seksyen 13 Shah Alam
– Pusat Operasi PKPS Meru, Klang
– Pusat Operasi PKPS Pandan
– Pusat Operasi PKPS Tanjung 12, Kuala Langat
– Pusat Operasi Agrosel, Bangi
– Pusat Operasi Selangor Fruit Valley, Rawang
– Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Dengkil
– Pusat Operasi Fama Puchong
– Pusat Operasi Fama Kelana Jaya


Pengarang :