Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada orang awam di PPV Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada 11 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 16 mukim di Selangor catat bawah 10 kes

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebanyak 16 mukim dari tujuh daerah di Selangor mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 bawah 10 kes, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan mukim tersebut membabitkan daerah Hulu Selangor iaitu di Batang Kali tiga kes diikuti Hulu Yam, Rasa dan Kalumpang masing-masing satu.

Kuala Selangor melibatkan mukim Bestari Jaya enam kes, Jeram (empat) dan Tanjung Karang (tiga) manakala di Kuala Langat iaitu mukim Jugra (sembilan), Batu (enam) dan Kelanang (dua).

“Sabak Bernam juga merekodkan sembilan kes iaitu di Panchang Bedena (enam) dan Sabak (dua),” menurut data agensi itu di Facebook.

Selain itu, sebanyak sembilan kes di Hulu Kelang, Gombak diikuti kluster penjara di Hulu Langat (lapan) dan mukim Labu, Sepang (tujuh).

Keseluruhan kes sembuh Covid-19 di Selangor semalam pula adalah 2,241 mengatasi kes baharu iaitu 1,566 kes.


Pengarang :