Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel Covid-19 pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 5,218 jangkitan baharu, Selangor catat kes bawah 2,000

SHAH ALAM, 28 JUN: Kes baharu Covid-19 catat sedikit penurunan dengan 5,218 kes hari ini berbanding 5,586 semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan harian di Selangor juga turun kepada angka bawah 2,000 kes iaitu 1,989.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Negeri Sembilan – 629
Kuala Lumpur – 469
Sarawak – 409
Perak – 400
Sabah – 258
Johor – 243
Kedah – 194
Melaka – 183
Pahang – 111
Labuan – 108
Kelantan – 101
Pulau Pinang – 88
Terengganu – 23
Putrajaya – 8
Perlis – 5

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata tujuh daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini adalah kes import.

Menurut kenyataan sama, sebanyak 4,744 pesakit sembuh dan jumlah keseluruhan kes aktif kini ialah 61,812.

Seramai 899 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 451 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :