Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 10 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam kekal kes satu angka empat hari berturut

SHAH ALAM, 14 JUN: Sabak Bernam kekal merekodkan kes baharu Covid-19 satu angka bagi empat hari berturut-turut sejak 10 Jun lalu.

Menurut data dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebanyak empat kes dicatatkan semalam diikuti Sabtu lalu (tiga), 11 Jun (empat) dan 10 Jun (tujuh).

Agensi itu menjelaskan daerah yang mencatat kes tertinggi pula ialah Klang sebanyak 569 kes diikuti Petaling (503), Hulu Langat (411), Kuala Langat (156) dan Gombak (131).

Manakala dua daerah merekod dua angka adalah Hulu Selangor dengan 54 kes dan Kuala Selangor (43).

Keseluruhan kes di Selangor semalam ialah sebanyak 1,582 yang mana 1,580 dikesan jangkitan dalam komuniti serta masing-masing satu kes import dan penjara.

Kes sembuh di negeri itu sejumlah 1,730 yang mana menjadikan kumulatif pulih adalah 204,534 kes.


Pengarang :