Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar seorang warga emas yang juga penerima vaksin AstraZeneca ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 25 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dana RM200 juta jaya program suntikan vaksin, percepat imuniti kelompok

SHAH ALAM,9 JUN: Kerajaan Negeri melancarkan program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor untuk mempercepat imuniti kelompok rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisitif itu memberi implikasi kewangan berjumlah RM200 juta.

Usaha tersebut merangkumi.

– Memuktamadkan perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk membekalkan vaksin secara berfasa bermula akhir Jun ini.

-Memfokus penerima vaksin dalam kalangan warga emas, pekerja industri serta kilang

-Mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi belum menerima vaksin.

– Bekerjasama dengan lebih seribu klinik serta pengamal perubatan swasta.

Dato’ Menteri Besar mengumumkan mengumumkan Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan berteraskan tiga strategi bertemakan ‘Bersama-sama Menuju Kejayaan’ meliputi 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor.


Pengarang :