Petugas Kesihatan Selcare mengambil sampel calitan peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya laksana saringan bersasar, kekang potensi kluster

SHAH ALAM, 24 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menjalankan program saringan bersasar Covid-19 di USJ 14 susulan kes positif membabitkan pekerja di dua premis restoran di situ.

Wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze berkata ujian saringan dilakukan bagi mengenal pasti sebarang potensi kluster sekaligus mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Seramai 700 peserta dijangka sertai tetapi kita juga terima penduduk yang tidak berdaftar untuk turut serta melakukan ujian,” katanya ketika ditemui pada Program Saringan Bersasar di Laman Sukan hari ini.

Michelle berkata pihaknya juga melanjutkan tempoh waktu saringan sehingga jam 7 petang bagi memberi peluang kepada peserta yang bekerja untuk turut serta.

“Namun, bagi yang tidak berkesempatan mereka boleh hadir ke Pusat Perubatan QHC untuk melakukan ujian saringan dengan bayaran RM70 serta membawa bil utiliti,” katanya.


Pengarang :