Selangorkini
Michelle Ng Mei Sze (kanan) menyampaikan roti kentang kepada Penyelaras CAC Stadium Malawati Ku Zaki Ku Isa (dua dari kanan) untuk diagihkan kepada pesakit Covid-19 di pusat itu pada 8 Jun 2021. Foto SELANGORTV
ADN SELANGOR

DUN Subang Jaya sumbang 6,000 roti kepada pesakit CAC Stadium Malawati

SHAH ALAM, 8 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menyumbangkan sebanyak 6,000 roti kentang dan minuman kepada pesakit di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati sepanjang bulan ini.

Wakil rakyatnya berkata inisiatif itu dijayakan bersama pertubuhan aktif dalam misi mengurangkan pembaziran makanan ‘What A Waste PLT’ yang menyediakan roti kentang serta tenaga kerja manakala Persatuan Penduduk USJ5 menyumbang dana RM13,000.

“Sumbangan kepada pesakit Covid-19 ini bagi membolehkan mereka menghilangkan lapar dan dahaga apabila menunggu giliran disaring yang kita sedia maklum mengambil masa panjang.

“Tiada penjualan makanan dan minuman di sini bagi mengelakkan jangkitan kerana kebanyakan pengunjung ke CAC adalah pesakit Covid-19, keadaan itu sedikit menyulitkan terutama kepada warga emas serta kanak-kanak,” kata Michelle Ng Mei Sze.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan itu kepada wakil CAC Stadium Malawati hari ini. Turut hadir pengasas bersama ‘What A Waste PLT’, Alvin Chen.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan itu dengan mendapat upah membuat roti kentang.


Pengarang :