Wakil rakyat DUN Taman Templer Sany Hamzan menyampaikan sumbangan pek makanan asas kepada sebuah keluarga di Kg Bendahara pada 1 Jun 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer – YB Sany Hamzan
ADNSELANGOR

DUN Taman Templer sasar 500 keluarga dibantu sepanjang PKP

SHAH ALAM, 4 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menyasarkan seramai 500 keluarga kategori berpendapatan rendah dibantu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sany Hamzan berkata bantuan itu meliputi bekalan makanan asas atau mengikut permintaan yang bersesuaian dan berdasarkan kemampuan.

“Kita peruntuk lebih RM15,000 untuk bantuan ini bertujuan meringankan beban mereka terutama yang kehilangan pendapatan susulan pelaksanaan PKP ketika ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Menurutnya sumbangan itu telah bermula sejak awal PKP lalu dan akan diteruskan dari semasa ke semasa agar lebih ramai penduduk terkesan dapat merasai manfaat tersebut.

Kerajaan mengumumkan PKP dilaksana di seluruh negara selama dua minggu hingga 14 Jun ini susulan kes Covid-19 meningkat sehingga mencecah 8,000 kes sehari.


Pengarang :