Anggota tentera berkawal di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang berkawat duri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan pada 15 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat PKPD di empat daerah Selangor mulai 30 Jun

SHAH ALAM, 28 JUN: Empat kawasan di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 14 hari mulai 30 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat lokasi tersebut dan jumlah jangkitan seperti berikut:

1. CLQ Gamuda Gardens, Kundang jaya, Rawang
Sejak 14 Jun 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 57 kes telah dilaporkan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan.

2. Taman Murni, Sepang
KKM mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 36 kes telah dikesan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan aktiviti saringan kontak, pengasingan bagi kes dan kontak rapat serta menyekat pergerakan keluar masuk orang ramai dari kawasan ini.

3. Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
Dalam tempoh sebulan, sebanyak 205 kes telah dikesan dan KKM mendapati penularan masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

4. CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang
Kes positif Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 12 hari apabila sebanyak 156 kes dikesan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pekerja kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar.


Pengarang :