Dr Siti Mariah Mahmud mengimbas kod QR SELangkah ketika meninjau proses saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO sasar lebih 100,000 sertai Saringan Komuniti hingga 10 Jun

KUALA SELANGOR, 7 JUN: Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 100,000 individu disaring menerusi program Saringan Komuniti Covid-19 sehingga 10 Jun ini.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata setakat semalam seramai 91,586 orang telah disaring di 46 Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada jumlah itu 3,237 individu disyaki positif namun kebanyakannya tiada gejala.

“Ada lagi lapan DUN yang kita akan pergi sehingga 10 Jun. Setakat ini kita lihat program berjaya memandangkan ramai yang keluar sertai saringan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah sempena saringan komuniti DUN Jeram, di sini hari ini.

Sejak 8 Mei sehingga 10 Jun, Kerajaan Negeri menjalankan program pengawasan wabak secara aktif melalui Saringan Komuniti di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN),

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.


Pengarang :