Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal lagi seminggu

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada paras RM2.67, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kerajaan, kata Kementerian Kewangan, akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA


Pengarang :