Orang ramai beratur menunggu giliran bagi membuat ujian calitan ketika Saringan Komuniti di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh pada 26 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hari ketiga Covid-19 catat 5,000 kes, Selangor kekal hampir 2,000

SHAH ALAM, 17 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 kekal angka 5,000 tiga hari berturut-turut apabila mencatat 5,738 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor juga kekal angka hampir 2,000 apabila merekodkan 1,858 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,150 kes dan 5,419 pada Selasa, manakala negeri ini mencatat 1,914 kes pada Rabu dan 1,996 pada Selasa.

Berdasarkan bilangan kes, Malaysia merekodkan 678,764 jumlah keseluruhan wabak dan Selangor dengan 222,249 kes.

Pecahan kes negeri/wilayah lain:
Negeri Sembilan – 1,086
Kuala Lumpur – 641
Sarawak – 559
Johor – 449
Sabah – 248
Kedah – 197
Melaka – 184
Kelantan – 154
Pulau Pinang – 97
Labuan – 97
Terengganu – 77
Pahang – 54
Perak – 30
Putrajaya – 7
Perlis – 0


Pengarang :