AGENDANASIONAL

Individu mahu lanjut pengajian di Mesir, Jordan dipelawa mohon tajaan Jais

SHAH ALAM, 7 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Selangor yang berhasrat menyambung pengajian di Mesir dan Jordan dipelawa memohon tajaan bagi sesi 2021/2022.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menaja individu layak dan mereka perlu mengisi permohonan yang dibuka sekarang sehingga 14 Julai ini.

“Jais mempelawa pelajar lepasan SPM dan STAM di Selangor yang berhasrat menyambung pengajian di IPT Mesir dan Jordan untuk memohon tajaan sesi 2021/2022.

“Mohon di https://epengajiantinggi.jais.gov.my dan tarikh tutup 14 Julai 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jais menerusi Facebook menyatakan tawaran penajaan itu merangkumi Biasiswa Khas Dato’Menteri Selangor dan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor.

Katanya, bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pengajian al-Quran dan qiraat, pengajian Islam, bahasa Arab dan ulum islamiah.

Pertanyaan lanjut hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam Jais di talian 03-5514 3576/3648.


Pengarang :