Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 masih paras 5,000, Selangor catat 2,187 kes

SHAH ALAM, 25 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 hanya menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 5,812 kes hari ini berbanding 5,841 semalam.

Menurut data dikongsi ketua pengarah kesihatan, Selangor mencatat 2,187 kes manakala jumlah keseluruhan jangkitan kini 722,659 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook:

Selangor – 2,187
WPKL – 771
Johor – 196
Sabah – 156
Sarawak – 673
Negeri Sembilan – 658
Kelantan – 98
Pulau Pinang – 270
Perak – 72
Kedah – 186
Melaka – 223
Pahang – 139
Terengganu – 46
WP Labuan – 123
WP Putrajaya – 14
Perlis – 0


Pengarang :