Anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di laluan Lebuhraya Persekutuan pada 13 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri dilanjut hingga 7 Julai

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Tempoh kelulusan pergerakan secara “one-off” yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata sebelum ini, polis memberikan kelulusan pergerakan secara one-off kepada pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Bagi pergerakan selepas 7 Julai di bawah fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan baharu.

“Kelulusan pergerakan ini akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu memohon semula apabila tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :