Anggota RELA memerhatikan orang ramai yang menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes baharu Covid-19 empat daerah Selangor catat sedikit peningkatan

SHAH ALAM, 7 JUN: Empat daerah merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 walaupun bilangan kes di Selangor menurun semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Namun, berdasarkan perkongsian di Facebook itu peningkatan berkenaan tidak terlalu tinggi iaitu hanya dua kes di Sabak Bernam iaitu dari 10 kes semalam kepada 12 kes hari ini.

Manakala di Kuala Selangor peningkatan tiga kes dari 51 semalam kepada 54 kes dan 18 kes bagi Hulu Selangor dari 73 kes kepada 91 kes hari ini.

Peningkatan tertinggi dicatat di Klang membabitkan 31 kes iaitu dari 334 kes kepada 365 kes.

Lima daerah lain yang merekod penurunan pada hari ini adalah Gombak dengan 331 kes, Kuala Langat (136), Hulu Langat (470), Petaling (609) dan Sepang (100).

Semalam Selangor merekod penurunan kes Covid-19 dengan 2,178 kes berbanding 2,509 kes pada Sabtu.


Pengarang :