Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka selepas Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dia tempat – tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan sekitar Kuala Lumpur pada 3 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 terus turun, catat 5,271 kes

SHAH ALAM, 7 JUN: Jumlah kes baharu Covid-19 dalam negara catat penurunan empat hari berturut dengan 5,271 kes hari ini.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal rekod kes tertinggi iaitu 1,374 kes namun menurun berbanding semalam.

Berikut pecahan kes mengikut negeri yang dikongsi Dr Noor Hisham menerusi Facebook:

Sarawak – 703
Negeri Sembilan – 571
Kuala Lumpur – 455
Johor – 355
Sabah – 336
Kelantan – 341
Labuan – 209
Kedah – 194
Melaka – 178
Perak – 177
Pulau Pinang – 153
Terengganu – 117
Pahang – 99
Putrajaya – 8
Perlis – 1

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 7,548 kes sembuh direkodkan hari ini,  angka tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara.

Pada 3 Jun, negara melaporkan 7,049 kes sembuh daripada virus itu.

Sebanyak 82 kematian lagi dicatatkan dan 902 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 447 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :