Orang ramai menunggu giliran bagi membuat ujian calitan kepada Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Gombak pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal angka 5,000, Selangor catat 1,524

SHAH ALAM, 8 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 hari ini kekal merekodkan angka 5,000 seperti semalam iaitu 5,566 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi data di Facebook memaklumkan Selangor juga kekal merekodkan angka 1,000 iaitu 1,524 kes.

Semalam Malaysia mencatat 5,271 kes wabak manakala negeri ini kekal rekod tertinggi iaitu 1,374 kes.

Berdasarkan data, sebanyak 627,652 keseluruhan kes Covid-19 di negara ini manakala keseluruhan di Selangor ialah 205,044 kes.

Pecahan kes di negeri/wilayah lain:

Sarawak – 707
Negeri Sembilan – 505
Kuala Lumpur – 466
Johor – 456
Sabah – 350
Melaka – 314
Perak – 225
Kelantan – 204
Labuan – 191
Pulau Pinang – 185
Pahang – 157
Kedah – 148
Terengganu – 106
Putrajaya – 27
Perlis – 1


Pengarang :