Orang ramai mengenakan pelitup muka ketika berjalan di luar susulan kenaikan kes Covid-19 di Singapura pada 14 Mei 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal angka 5,000, Selangor rekod 1,914 kes

SHAH ALAM, 16 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 kekal dengan angka 5,000 apabila mencatat 5,150 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor juga kekal angka hampir 2,000 apabila merekodkan 1,914 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,419 kes manakala negeri ini masih tertinggi dengan 1,996 jangkitan.

Berdasarkan jumlah jangkitan, Malaysia dan Selangor masing-masing mencatat keseluruhan 673,026 dan 220,391 kes.

Pecahan kes di negeri/wilayah lain:

Negeri Sembilan – 607
Sarawak – 570
Kuala Lumpur – 480
Johor – 392
Kelantan – 230
Kedah – 228
Sabah – 184
Melaka – 152
Labuan – 101
Pulau Pinang – 99
Perak – 66
Pahang – 57
Terengganu – 56
Perlis – 8
Putrajaya – 6


Pengarang :