Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 menurun kepada 5,293, Selangor bawah 2,000

SHAH ALAM, 20 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan 5,293 kes iaitu menurun sebanyak 618 berbanding 5,911 semalam, menurut kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu menerusi Facebook memaklumkan angka itu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 696,408 kes.

Selangor mencatat bawah 2,000 kes namun kekal negeri tertinggi dengan 1,680 diikuti Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379) dan Perak (205).

Manakala Melaka mencatat 183 kes, Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (empat) dan Perlis (dua).


Pengarang :