Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 8 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 tujuh daerah turun, Selangor catat bawah 2,000

SHAH ALAM, 16 JUN: Penurunan sebanyak 82 kes Covid-19 di Selangor kepada 1,914 kes baharu pada hari ini turut menyaksikan tujuh daerah merekodkan pengurangan kes berbanding semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daerah berkenaan adalah Gombak, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Langat, Klang, Sepang dan Kuala Selangor.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, daerah yang mencatat penurunan ketara adalah Klang iaitu dari 433 kes semalam kepada 317 hari ini dengan pengurangan sebanyak 116 kes.

Daerah lain pula Hulu Langat dengan 326 kes diikuti Gombak (205), Sepang (133), Kuala Langat (110), Kuala Selangor (69) dan Sabak Bernam (dua).

Namun, JKNS turut memaklumkan dua lagi daerah mencatat peningkatan kes di mana Petaling merekodkan 683 kes pada hari ini berbanding 340 semalam. Manakala Hulu Selangor naik daripada 42 kes kepada 69 kes.

Secara keseluruhan setakat ini Selangor merekodkan 220,391 kes jangkitan Covid-19 sejak tahun lalu dengan 1,192 kes kematian.


Pengarang :