Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes sembuh Covid-19 cecah 8,334, tertinggi sejak pandemik

SHAH ALAM, 12 JUN: Jumlah kes sembuh Covid-19 bertambah 585 kes kepada 8,334 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Rekod dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bilangan kes sembuh hari ini tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik menular.

Angka terbaharu itu menjadikan kes pulih di Malaysia sebanyak 572,113 kes setakat Sabtu.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan menyebut sebanyak 76 kes kematian direkodkan dengan 27 kes di Selangor dan masing-masing sembilan kes di Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.

Johor pula mencatatkan lapan kes, masing-masing lima kes di Sabah dan Melaka, Sarawak (empat), Kelantan (tiga), Kedah (dua) serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Labuan.

Kenyataan sama turut memaklumkan sebanyak 24 kluster baharu dikesan membabitkan tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan.


Pengarang :