Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian calitan ke dalam bekas ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes sembuh Covid-19 di Selangor kekal atasi jangkitan baharu

SHAH ALAM, 19 JUN: Jumlah pesakit sembuh Covid-19 di Selangor hari ini kekal mengatasi jangkitan baharu, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Data dikongsikan jabatan itu menerusi Facebook menunjukkan sebanyak 2,434 pesakit pulih berbanding 2,111 kes baharu, menjadikan keseluruhan sembuh setakat ini 218,255.

Sementara itu, ketua pengarah kesihatan berkata 1,026 kes yang dikesan hasil saringan kontak rapat, 470 berpunca daripada kluster, kes import (satu) dan selebihnya lain-lain saringan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan turut memaklumkan lima kluster baharu dikenal pasti di Selangor, kesemuanya membabitkan tempat kerja.

Kluster tersebut merangkumi:

1. Kluster Tapak Bina Perdagangan Dana – Kluster di Petaling

2. Kluster Jalan Tujuh Selatan Dua – Kluster di Sepang, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Petaling

3. Kluster Industri Jalan Dua – Kluster di Gombak, Hulu Langat dan Petaling

4. Kluster Industri Alam Jaya 2/1 – Kluster di Kuala Selangor dan Klang

5. Kluster Jalan Vita Dua – Kluster di Sepang

Keseluruhannya, sebanyak 2,604 kluster dilaporkan dalam negara selepas pertambahan 24 kluster baharu manakala 1,780 kluster tamat dan 824 kluster berstatus aktif.


Pengarang :