Rizam Ismail ketika ucapan perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 4 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Ketua pembangkang Selangor mahu bahas Covid-19, bantu Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 18 JUN: Ketua pembangkang Selangor mahu membahas pelbagai isu penting termasuk Covid-19 apabila sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dijalankan.

Menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang mencadangkan sidang itu pada Ogos, Datuk Rizam Ismail berkata keberkesanan langkah menangani wabak pada peringkat negeri antara topik.

Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar itu menjelaskan perbahasan sedemikian juga penting dalam membantu melancarkan pengurusan Kerajaan Negeri dalam isu lain.

“Saya mengalu-alukan rancangan itu dan berharap sidang DNS dapat dibuka secepat mungkin seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Langkah ini demi kepentingan rakyat, banyak perlu dibahas seperti sejauh mana keberkesanan langkah Kerajaan Negeri menangani kes Covid-19 susulan Selangor mencatat kes tertinggi,” katanya kepada Selangorkini.


Pengarang :