Dato’ Seri Amirudin Shari (du, kiri) bersama Khairy Jamaluddin (tiga, kiri) mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kilang komponen elektronik pertama di Selangor dapat vaksin esok

SHAH ALAM, 15 JUN: Syarikat pengilang komponen elektronik Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd di Ampang bakal menjadi kilang pertama di Selangor yang menerima vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata inisiatif bermula esok adalah sebahagian fasa keempat suntikan vaksin.

“Ia sangat penting kerana terdapat kawasan tapak kerja yang menjadi kluster jangkitan dan sebab itu kita kena beri tumpuan kepada fasa empat,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annex.

Khairy ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor bersama Dato’ Menteri Besar Dato’Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pemberian vaksin turut diperluas kepada sektor perkilangan dan pembinaan di negeri ini mulai bulan hadapan mengikut senarai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Saya ingin maklumkan bahawa kita tidak ketepikan fasa dua, ia masih diteruskan cuma dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) terdapat sektor tertentu yang masih beroperasi yang juga perlu diberi perhatian,” kata Khairy.


Pengarang :