Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

KKM: Bekas pesakit Covid-19 alami gejala lebih 12 minggu

SHAH ALAM, 8 JUN: Bekas pesakit Covid-19 boleh mengalami gejala jangkitan dalam tempoh 12 minggu atau lebih panjang, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu dalam kenyataan menyebut gejala biasa termasuk kelesuan dan demam, namun ada yang lemah ingatan, sukar bernafas, sakit sendi, sakit kepala dan ruam.

“Simptom pasca Covid-19 bermaksud tanda dan gejala dialami pesakit semasa dan selepas jangkitan, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan dengan diagnosis alternatif,” katanya di Facebook hari ini.

KKM turut menasihatkan bekas pesakit yang ada gejala untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran selain terus mengambil langkah berjaga-jaga.

Langkah perlindungan termasuk:

1. Kekal berada di rumah melainkan ada keperluan mendesak
2. Amalkan 3W (kerap cuci tangan dengan air sabun atau cecair nyahkuman, pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal)
3. Elak bersembang dekat
4. Jangan pergi ke tempat sesak dan sempit
5. Daftar segera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dan hadir janji temu ikut jadual

Poster dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengarang :