Seorang pelajar Sekolah Victoria Institution di Kuala Lumpur mengaminkan bacaan doa kesyukuran setelah selesai menjawab kertas soalan Sains Komputer pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 pada 25 Mac 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KPM nafi skala gred SPM tular milik Lembaga Peperiksaan

SHAH ALAM, 12 JUN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan skala gred SPM yang tular di media sosial ketika ini milik Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Menerusi kenyataan, KPM berkata skala itu seolah-olah menggambarkan gred permarkahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai terutama ibu bapa dan calon peperiksaan.

“Perkara ini mencemar imej dan kredibiliti LPM sebagai badan pentaksiran negara serta menggugat ketenteraman awam.

“Susulan itu laporan polis dibuat pada jam 10.31 malam tadi selain laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, akaun Facebook milik MamaMia Mia memuat naik jadual skala markah SPM disertai status ‘Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A’ selain tanda pagar #bilasekolahdipolitikkan.

Kelmarin Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin berkata seramai 9,411 calon SPM 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 8,876 calon tahun sebelumnya.


Pengarang :