Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian calitan ke dalam bekas ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lima hari berturut kes baharu Covid-19 catat angka lebih 5,000

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebanyak 5,586 kes baharu Covid-19 dilapor dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 734,048, maklum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi data dikongsi di Facebook beliau, Selangor catat kes harian tertinggi iaitu 2,212 kes, diikuti Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501) dan Melaka (380).

Berikiut pecahan kes mengikut negeri:

Johor – 312
Perak – 229
Sabah – 190
Pulau Pinang – 138
Kelantan – 133
Kedah – 129
Pahang – 118
Labuan – 83
Terengganu – 16
Putrajaya – 4
Perlis – 0


Pengarang :