Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBSA Bandar Baru, Kuala Selangor pada 6 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lima lagi kluster baharu babit tempat kerja di Selangor

SHAH ALAM, 20 JUN: Sebanyak lima lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini dengan semuanya merupakan jangkitan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster berkenaan ialah Industri Meranti Dua, Industri Solok Waja Satu, Tapak Bina Perindustrian Olak Lempit, Industri Lebuh Satu dan Tapak Bina Persiaran Hamidiah.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster dikesan di Hulu Langat, Sepang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Klang itu melibatkan pekerja kilang, buruh binaan serta kakitangan perkhidmatan awam.

Menurutnya, semua kluster itu merekodkan 359 kes positif termasuk sembilan kes baharu hasil saringan terhadap 710 individu.

Hari ini selain lima kluster terbabit, 14 kluster lain turut dilaporkan melibatkan kategori golongan berisiko, tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan.


Pengarang :