Antara MPV yang digunakan untuk membawa petugas kesihatan menjalankan tugas memberi vaksin kepada warga emas dan OKU. Program ‘Skuad Vaccine On The Go’ dilancarkan pada 8 Jun 2021. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS sedia tiga MPV bawa petugas kesihatan vaksin warga emas, OKU

SHAH ALAM, 8 JUN: Tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Lembaga Zakat Selangor (LZS) digunakan untuk membawa petugas kesihatan menjalankan tugas memberi suntikan vaksin kepada golongan sasar.

Ketua Pegawai Eksekutif berkata program ‘Skuad Vaccine On The Go’ akan menjelajah ke 265 pusat jagaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) seluruh negeri bermula hari ini.

“Penggunaan kenderaan ini merupakan inisiatif khidmat masyarakat LZS bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ia juga bertujuan membantu menangani keperluan kritikal dalam usaha memberi vaksin kepada masyarakat. Lebih ramai divaksinasi, maka lebih cepat kita mencapai matlamat imuniti kelompok,” kata Saipolyazan M Yusop menerusi kenyataan.

Majlis pelancaran dan pelepasan ‘Skuad Vaccine On The Go’ disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Pengarang :